Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa
anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak
saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan
melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa
keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah
mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia
khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang
dapat melanjutkan pimpinannya atas
kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan
makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka
mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan
hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa
sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun,
Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk
menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari
rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi
Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa
sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali
ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir
didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah.
Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak
berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki
walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat
dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah
lembut berucaplah ia dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang
putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa
sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan
imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan
aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban
sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas
segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai
Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang
putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi
pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta
akan menjadi seorang nabi." Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi
anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri
sudah lanjut usianya."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu
hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di
waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda
bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya
bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari
berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya
serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran
kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa
ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang
yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia
berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga
berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya
pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal
keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang
hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan,
tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa
dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar
bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan {
dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan
orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan
upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu
mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik,
ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis
berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan
itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan
itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang
mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi
Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan
orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon
isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah
mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri,
fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas.
Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa
Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti
dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa
pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia
tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya
yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana
perkahwinan dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian
yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang
dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya
yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat
aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu,
kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang
mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa
ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan
keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya
mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat
ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang
telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku
sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya.
Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan
meluluskan permintaanku ini". Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh
kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon
isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan
mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka
tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan
diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan
puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan
rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah
tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya,
diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar